Thursday, 17 September 2015

Bab 1: Sejarah penempatan Bukit Melawati

1.1 LATAR BELAKANG BUKIT MELAWATI




Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke-16 lagi. Kawasan lain seperti Jeram, 10 meter dari Permatang disebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud. Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor. Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). 


Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka Yang juga dibawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dn menawan Kuala Selangor pada Julai 1784. Menuruni Bukit Melawati, terdapat Makam Diraja Selangor, makam yang menepatkan 3 Sultan Selangor yang pernah memerintah di Kuala Selangor iaitu Sultan Salehuddin (1766-1782), Sultan Ibrahim (1782-1826) dan Sultan Muhammad (1826-1857)   

Kuala Selangor, Bukit Melawati khasnya mempunyai banyak kesan-kesan sejarah zaman kesultanan pada kurun ke-18 (sekitar tahun 1782).Tapi sayangnya kebanyakan tapak-tapak sejarah tersebut tidak dipulihara dan diselenggara dengan baik.Seperti biasa,peninggalan istana atau kota lama zamankesultanan Melayu telah dimusnahkan dan digantikan dengan kota-kota yangdibina oleh penjajah.Salah satu kota yang dirampas dan dijadikan kota penjajah adalah Kota Tanjung Keramat atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Bukit Belanda.Di dalam sejarah,ianya dikenali sebagai "KOTA UTRECHT"    


2 comments: